Social Icons

Aluan Guru Besar



Bismillahirahmanirahim  -  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah; … dengan limpah rahmat serta keizinan Allah yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang buku ini dapat diterbitkan.

Saya merafatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dipanjangkan usia dapat meneruskan perjuangan membimbing anak bangsa untuk menjana modal insan yang akan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air tercinta melalui program yang dirancang dalam Pelan  Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013 – 2025 dan (KBSR).  Sebagai warga pendidik, mari kita sama-sama menghayati visi Kementerian Pendidikan iaitu ”Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” dan misinya ”Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”.  Marilah kita mengatur langkah bergerak sederap dan sehasrat agar menjadi pendahulu dalam segenap bidang yang kita jana bersama dalam usaha ”Melestarikan Pendidikan Terbilang” di Negeri Terengganu khasnya.

Justeru itu, dirangka Buku Panduan Tugas dan Takwim 2014 sebagai panduan untuk guru-guru merancang aktiviti dan setiap guru  mesti ”Main Peranan”  bagi ”MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG”.  Diharapkan guru-guru dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab ini sebaik mungkin berpaksikan keikhlasan dengan niat kerja sebagai ibadah, kerja berpasukan dan bermusyawarah bagi menghasilkan hasil kerja berkualiti tinggi.  Guru harus mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kesempurnaan tugas di samping mematuhi ”Melindungi Masa Instruksional”(MMI) berdasarkan kemahiran dan keilmuan yang ada dengan mengambil kira perintah dan larangan ALLAH.

Saya mengharapkan dan menaruh penuh keyakinan kepada guru-guru dan seluruh warga sekolah  sebulat hati, senada dan seirama dalam bertindak untuk meraih kecemerlangan pada tahun 2014 dan ”Merealisasikan SK Tasek dapat Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti dan Cemerlang”.  Ingatlah, Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
”Amat besar kebencian di sisi Allah s.w.t. bahawa kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan”     -  (Surah As-saf :  Ayat 3)

”Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” 
-  (Surah Al Ara’d :  Ayat 11)

Sekian, Wassalam.




(MD ZIN BIN SULAIMAN)
Guru Besar,
SK Tasek, Marang, Trg.

No comments:

Post a Comment


 
Blogger Templates