Social Icons

Monday 24 February 2014

WATIKAH PELANTIKAN DOKTOR MUDA SK TASEK 2014


Majlis Watikah Perlantikan ahli Doktor Muda telah disempurnakan dengan jayanya ketika perhimpunan rasmi sekolah. Seramai 20 orang ahli Doktor Muda SK Tasek telah menerima Sijil Watikah Perlantikan sebagai Doktor Muda. Semoga dengan perlantikan ini akan meningkatkan semangat Doktor Muda dalam menaikkan nama Kelab Doktor Muda. 

SUMBANGAN A's

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan sedikit sumbangan kepada murid Tahun 6 yang berjaya cemerlang dalam peperiksaan TOV baru2 ini. Semoga ia dapat meningkatkan motivasi murid-murid lain dalam mengejar kecemerlangan.


Saturday 22 February 2014

TAHNIAH PESILAT-PESILAT SK TASEK




Pesilat-pesilat SK Tasek telah mewakili daerah Marang dalam Kejohanan Silat sempena Karnival Tunas Harapan Terengganu bertempat di MSNT Gong Badak pada 22 Febuari 2014. Dengan kutipan 10 emas, 4 perak dan 9 gangsa, sekaligus di martabatkan sebagai Johan Keseluruhan pada karnival kali ini.

Saturday 15 February 2014

TAKWIM KELEPASAN AM & CUTI SEKOLAH 2014


JADUAL & TARIKH PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2014 KAKITANGAN AWAM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam.

Bagi penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat mereka dalam merancang kewangan dan perbelanjaan bulanan keluarga.

Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 adalah seperti berikut :

Tarikh / Bulan / 2014 Hari Catatan
23 Januari Khamis Tahun Baru Cina 31 Jan – 1 Feb
25 Februari Selasa
25 Mac Selasa
24 April Khamis
22 Mei Khamis Pesta keamatan 30-31 Mei
25 Jun Rabu Hari Gawai 1-2 Jun
22 Julai Selasa Hari Raya Puasa 28-29 Julai
25 Ogos  Isnin
25 September Khamis
16 Oktober Khamis Hari Deepavali 23 Oktober
25 November  Selasa
18 Disember Khamis Hari Krismas 25 Disember



Friday 14 February 2014

MAJLIS PENYERAHAN eBOOK MURID TAHUN 5 DUN ALOR LIMBAT 2014

Pada 11 Febuari 2014 telah berlansung satu Majlis Penyerahan Ebook kepada murid Tahun 5 Dun Alor Limbat di SK Tasek, Marang, Terengganu. Para ibubapa dan murid telah berada di SK Tasek seawal 7.30 pagi bagi tujuan pendaftaran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Saiful Bahri Bin Dato' Haji Baharuddin, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu. Seramai 637 orang murid Tahun 5 menerima e-Book dalam majlis berkenaa. Murid-murid ditemani ibu bapa masing-masing sangat gembira dengan penyerahan eBOOK tersebut. Semoga dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat kejayaan anak didik Terengganu lebih berjaya terutama dalam bidang ICT dapat dimanfaatkan oleh mereka.



Wednesday 5 February 2014

PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)

Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
  1. Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
  2. Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.
 
Blogger Templates