Social Icons

Wednesday 5 February 2014

PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)

Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
  1. Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
  2. Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.
Objektif Program:
  1. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran
  2. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma
  3. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
  4. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.
  5. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
  6. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.





No comments:

 
Blogger Templates