SK Tasek telah mengadakan Mesy Agung PIBG pada 14 Mac 2014 bertempat di Kantin SK Tasek.
Friday, 14 March 2014
Thursday, 6 March 2014
MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR MURID TAHUN 6 1/2014
TARIKH
|
: 6 MAC 2014
|
MASA
|
: 7 MALAM
|
TEMPAT
|
: SURAU SK TASEK
|
MAJLIS TEMU MURNI SERTA MOTIVASI UPSR 1/2014
Jawatankuasa UPSR SK Tasek 2014 telah mengadakan Majlis Temu Murni serta
Motivasi pada 6 Mac 2014 bagi murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini.
Program ini di rangka bagi mendapatkan maklum balas ibu bapa murid dalam
mempertingkatkan lagi prestasi anak-anak mereka. Pogram ini dirangka di
bawah seliaan Penyelaras UPSR 2014, En Abd Mubin bin Abdullah dengan
bantuan jawatankuasa yang lain bertempat di Dewan SK Tasek.
PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAERAH MARANG 2014
Pejabat Pelajaran Daerah Marang telah mengadakan satu Perkhemahan
Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Daerah Marang 2014. Maklumat
berkaitan perkhemahan tersebut adalah seperti berikut :
Peserta
|
12 orang peserta dari SK Tasek
|
Pendaftaran
|
2.00 ptg ( 26 Februari 2014 )
|
Tempat
|
SK Jambu Bongkok
|
Pulang
|
12.00 tghari ( 28 Februari 2014 )
|
Pengangkutan
|
Hantar dan ambil pulang -
diuruskan oleh sekolah masing-masing
|
Makan minum
|
Diuruskan oleh sekolah
masing-masing
|
Monday, 24 February 2014
WATIKAH PELANTIKAN DOKTOR MUDA SK TASEK 2014
Majlis
Watikah Perlantikan ahli Doktor Muda telah disempurnakan dengan jayanya
ketika perhimpunan rasmi sekolah. Seramai 20 orang ahli Doktor Muda SK Tasek
telah menerima Sijil Watikah Perlantikan sebagai Doktor Muda. Semoga dengan
perlantikan ini akan meningkatkan semangat Doktor Muda dalam menaikkan nama
Kelab Doktor Muda.
SUMBANGAN A's
Pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan sedikit sumbangan kepada murid Tahun 6 yang berjaya cemerlang dalam peperiksaan TOV baru2 ini. Semoga ia dapat meningkatkan motivasi murid-murid lain dalam mengejar kecemerlangan.
Saturday, 22 February 2014
TAHNIAH PESILAT-PESILAT SK TASEK
Pesilat-pesilat SK Tasek telah mewakili daerah Marang dalam Kejohanan Silat sempena Karnival Tunas Harapan Terengganu bertempat di MSNT Gong Badak pada 22 Febuari 2014. Dengan kutipan 10 emas, 4 perak dan 9 gangsa, sekaligus di martabatkan sebagai Johan Keseluruhan pada karnival kali ini.
Saturday, 15 February 2014
JADUAL & TARIKH PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2014 KAKITANGAN AWAM
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat
pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan
bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam.
Bagi penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat
mereka dalam merancang kewangan dan perbelanjaan bulanan keluarga.
Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 adalah seperti berikut :
Tarikh / Bulan / 2014 | Hari | Catatan |
---|---|---|
23 Januari | Khamis | Tahun Baru Cina 31 Jan – 1 Feb |
25 Februari | Selasa | |
25 Mac | Selasa | |
24 April | Khamis | |
22 Mei | Khamis | Pesta keamatan 30-31 Mei |
25 Jun | Rabu | Hari Gawai 1-2 Jun |
22 Julai | Selasa | Hari Raya Puasa 28-29 Julai |
25 Ogos | Isnin | |
25 September | Khamis | |
16 Oktober | Khamis | Hari Deepavali 23 Oktober |
25 November | Selasa | |
18 Disember | Khamis | Hari Krismas 25 Disember |
Friday, 14 February 2014
MAJLIS PENYERAHAN eBOOK MURID TAHUN 5 DUN ALOR LIMBAT 2014
Pada 11 Febuari 2014 telah berlansung satu Majlis Penyerahan Ebook kepada murid Tahun 5 Dun Alor Limbat di SK Tasek, Marang, Terengganu. Para ibubapa dan murid telah berada di SK Tasek
seawal 7.30 pagi bagi tujuan pendaftaran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Saiful Bahri Bin Dato' Haji Baharuddin, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu.
Seramai 637 orang murid Tahun 5 menerima e-Book dalam majlis
berkenaa. Murid-murid
ditemani ibu bapa masing-masing sangat gembira dengan penyerahan eBOOK
tersebut. Semoga dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat
kejayaan anak didik Terengganu lebih berjaya terutama dalam bidang ICT
dapat dimanfaatkan oleh mereka.
Wednesday, 5 February 2014
PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
- Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
- Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.
Thursday, 30 January 2014
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2014
Agihan peringkat SK Tasek pada 26 Januari 2014 oleh Tn Hj Saiful Bahri Bin Dato Baharuddin, Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Terengganu.
Diharapkan
Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 yang diberikan
kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 6 itu benar-benar membantu meringankan beban untuk
membeli barangan persekolahan nanti. Namun wang tersebut bukanlah
'tiket' untuk ibu bapa berbelanja secara boros.
Wednesday, 29 January 2014
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014
Sambutan Maulidur Rasul SK Tasek telah diadakan pada hari Khamis bertarikh 23 Januari 2014. Perarakan bermula dari SK Tasek ke Masjid Tebakang.
Beberapa program telah diaturkan :
1. Ceramah Maulidur Rasul - Ustaz Mat Nasir Bin Draman
2. Pertandingan Mewarna
3. Pertandingan Nasyid
Beberapa program telah diaturkan :
1. Ceramah Maulidur Rasul - Ustaz Mat Nasir Bin Draman
2. Pertandingan Mewarna
3. Pertandingan Nasyid
Subscribe to:
Posts (Atom)