Social Icons

Featured Posts

Tuesday 29 December 2015

PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2016


Untuk makluman warga komuniti SK Tasek, Marang sesi persekolahan 2016 akan tiba bermula pada 3.1.2016.
Oleh itu sukacita dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran sekolah adalah seperti berikut :

Tarikh   :  31.12.2015
Hari       : Khamis
Masa     :  9.00 - 11.00 pagi
Aktiviti  : Pendaftaran murid sesi persekolahan 2016

Tarikh    : 30.12.2015 & 31.12.2015
Hari        : Rabu & Khamis
Masa      :  9.00 - 11.00 pagi
Aktiviti   : Jualan alatan persekolahan di koperasi sekolah.

Friday 14 March 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TASEK 2014

SK Tasek telah mengadakan Mesy Agung PIBG pada 14 Mac 2014 bertempat di Kantin SK Tasek.


Thursday 6 March 2014

MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR MURID TAHUN 6 1/2014

TARIKH
:  6 MAC 2014
MASA
:  7 MALAM
TEMPAT
:  SURAU SK TASEK

MAJLIS TEMU MURNI SERTA MOTIVASI UPSR 1/2014

Jawatankuasa UPSR SK Tasek 2014 telah mengadakan Majlis Temu Murni serta Motivasi pada 6 Mac 2014 bagi murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Program ini di rangka bagi mendapatkan maklum balas ibu bapa murid dalam mempertingkatkan lagi prestasi anak-anak mereka. Pogram ini dirangka di bawah seliaan Penyelaras UPSR 2014, En Abd Mubin bin Abdullah dengan bantuan jawatankuasa yang lain bertempat di Dewan SK Tasek.


PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAERAH MARANG 2014

Pejabat Pelajaran Daerah Marang telah mengadakan satu Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Daerah Marang 2014. Maklumat berkaitan perkhemahan tersebut adalah seperti berikut :


Peserta
12 orang peserta dari SK Tasek
Pendaftaran
2.00 ptg ( 26 Februari 2014 )
Tempat
SK Jambu Bongkok
Pulang  
12.00 tghari ( 28 Februari 2014 )
Pengangkutan
Hantar dan ambil pulang - diuruskan oleh sekolah masing-masing 
Makan minum 
Diuruskan oleh sekolah masing-masing



Monday 24 February 2014

WATIKAH PELANTIKAN DOKTOR MUDA SK TASEK 2014


Majlis Watikah Perlantikan ahli Doktor Muda telah disempurnakan dengan jayanya ketika perhimpunan rasmi sekolah. Seramai 20 orang ahli Doktor Muda SK Tasek telah menerima Sijil Watikah Perlantikan sebagai Doktor Muda. Semoga dengan perlantikan ini akan meningkatkan semangat Doktor Muda dalam menaikkan nama Kelab Doktor Muda. 

SUMBANGAN A's

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan sedikit sumbangan kepada murid Tahun 6 yang berjaya cemerlang dalam peperiksaan TOV baru2 ini. Semoga ia dapat meningkatkan motivasi murid-murid lain dalam mengejar kecemerlangan.


 
Blogger Templates